Senarai Taska Di Malaysia
TASKA atau Taman Asuhan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.
Tahukah anda terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?
JKM telah meletakkan pelbagai syarat serta kriteria yang perlu dipatuhi pengusaha TASKA bagi menjamin standard serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Ini juga penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak jagaan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai senarai taska di Malaysia secara lebih lanjut.
Baca Juga : Checklist Barang Ke Taska: 15 Item Wajib Bawa
Jenis Taska di Malaysia
Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kebajikan Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu :
1. TASKA Institusi
- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
- Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA di Tempat Kerja
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.
3. TASKA Komuniti
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
- Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
- Dijalankan di kediaman sendiri.
Selain itu, TASKA KEMAS juga adalah satu lagi pusat jagaan kanak-kanak yang dipercayai ramai ibu-bapa.
Senarai Taska di Malaysia
Anda boleh semak senarai taska di Malaysia mengikut kategori seperti berikut :
- Senarai Taska Berdaftar
- Senarai Taska Komuniti Berdaftar
- Senarai Taska KEMAS (klik pada Senarai Alamat TASKA untuk semak senarai mengikut negeri)
Harga Yuran Taska Terkini
Berdasarkan perkongsian daripada laman web rasmi KEMAS, harga yuran Taska KEMAS adalah seperti berikut :
Untuk ketahui harga yuran terkini bagi TASKA Institusi, TASKA Komuniti, Taska di Tempat Kerja dan TASKA di Rumah, sila rujuk atau hubungi pusat TASKA terdekat.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai taska yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), sila rujuk pada pusat TASKA berhampiran.
Anda juga boleh layari laman web berkaitan di bawah untuk informasi lanjut :
Jabatan Kebajikan Malaysia (Kanak-Kanak)