KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3 STPM 2023 DAN RAYUAN SEMAK SEMULA SEMESTER 3 STPM 2023/2024
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2024, Semester 1 telah diumumkan pada 3 Julai 2024, jam 10.00 pagi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah infografik di media sosial rasmi badan tersebut.
KENYATAAN MEDIA BERKAITAN RALAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3 STPM 2023 YANG DISEMAK MELALUI PORTAL MPM
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon.
Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2024
Tarikh pengumuman keputusan Semester 1, STPM 2024 adalah pada tarikh dan waktu berikut:
- Hari : Rabu, 3 Julai 2024
- Masa : 10.00 pagi
Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:
Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:
KAEDAH SEMAKAN
i) Semakan melalui Portal MPM
Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my
Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.
ii) Semakan melalui SMS
STPM<jarak>RESULTS3<jarak>NO.KP dan hantar kepada 15888 mulai jam 10.00 pagi
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
stpm@mpm.edu.my
Semoga berjaya.
Sumber:
Majlis Peperiksaan Malaysia
Semakan Keputusan Ulangan STPM 2023
Semakan Keputusan Peperiksaan Ulangan 1 STPM 2023 :
Semakan boleh dibuat melalui:
- Portal MPM: https://stpm.mpm.edu.my
- SMS: STPM<jarak>RESULTS3<jarak>NO.KP dan hantar kepada 15888
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke stpm@mpm.edu.my
Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024
Rayuan semak semula STPM akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan:
- Tarikh buka : 3 Julai 2024 (10.00 pagi)
- Tarikh tutup : 8 Julai 2024 (12.00 tengah malam)
Pautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia : https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran dan secara atas talian.
Keputusan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan dan boleh disemak di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Semakan Keputusan Semak Semula
Keputusan akan diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Telefon : 0361261600
Baca juga: