Keputusan SPM 2023 – Cara Semakan Mulai 27 Mei 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2023 & CARA SEMAKAN ONLINE (2024)

SPM 2023 | Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024. Calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

@ecentral.my

3 cara semak keputusan SPM 2023. Kalau tak sempat nak pergi sekolah, boleh je check keputusan SPM secara online dan SMS. #spm2023 #resultspm #keputusanspm #spm

♬ วาเลนติน่า (Speed up) – Shineboys

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 pada tahun 2024 ini.

semakan spm keputusan 2023 2024
semakan spm keputusan 2023 2024
Sumber: Kenyataan Media KPM

Sesi libat urus (SLU) dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi memastikan kelancaran pengurusan pengumuman keputusan SPM dan dalam masa yang sama memelihara kesejahteraan guru.

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2023

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia melalui semakan secara online, SMS, atau daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

semakan keputusan spm 2023

Baca juga:

Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

semakan keputusan spm 2023

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 27 Mei 2024.

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
( Contoh: SPM 000527031234 WY189A123 )

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Baca juga:

Takrifan Gred SPM / UPBA

Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal
  1. Keputusan ditahan / dibatalkan
    • Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan “T”
    • Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:

  1. Semakan semula keputusan dibuka mulai 27 Mei hingga 26 Jun 2024 (30 hari)
  2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  5. Selesai.
    • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
    • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});