PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 BAGI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
Permohonan dibuka bermula 12 April – 23 April 2021 secara atas talian (online).
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ.
Apakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.
SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang.
Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.
Ini memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.
Lokasi Sekolah SIRAJ
- Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan :
https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajsuba/home - Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi : https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajalalusi/homeSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari :
https://sites.google.com/jawi…/sirajabudzaralghifari/home - Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas :
https://sites.google.com/jawi…/siraj-abdullah-ibnu-abbas - Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas’ud (AIM) Presint 11, Putrajaya https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajaim/
Cara Permohonan
Berikut adalah cara membuat permohonan online:
- Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 boleh mendapatkan QR KOD melalui:
- i. Laman Web Jabatan JAWI (FB)
- ii. FB Sekolah
- iii. Sekolah Yang dipohon.
- iv. Banner
- Ibubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data dengan lengkap dan klik hantar
Baca juga: Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021
Kadar Yuran
Kadar yuran adalah berbeza setiap tahun, namun dianggarkan secara kasarnya adalah seperti di bawah ini (2017).
Tarikh Permohonan
Permohonan / pendaftaran dibuka bermula 12 April.
Tarikh akhir pengisian sebelum atau pada 23 April 2021
Nota :
- Sila baca dengan teliti setiap maklumat yang dipaparkan dalam website.
- Pastikan borang permohonan diisi dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
- Calon perlu mendaftar terlebih dahulu di Sekolah Kebangsaan (SK) & Sekolah Rendah Agama (SRA)
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 SRA JAWI Bermula 9 Mac 2021
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk Portal JAWI di sini : https://portalfm.jawi.gov.my