TARIKH & LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024 / SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DI SETIAP NEGERI
Pengenalan
Program Ambang Merdeka akan diadakan pada malam 30 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlansung pada 31 Ogos setiap tahun tentu menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Ini kerana terdapat pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan suasana di samping menyuntik rasa cintakan negara.
Jom kita ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari kemerdekaan kita.
Berikut dikongsikan butiran tarikh, lokasi dan masa bagi kedua-dua sambutan ini.
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 PERINGKAT NEGERI SELURUH MALAYSIA
Sambutan Ambang Merdeka bagi tahun 2023 akan diadakan di 9 Negeri pada masa yang sama!
Tarikh : 30 OGOS 2023 (RABU)
Masa : 8.00 malam -12.00 malam
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023
Berikut dikongsikan Sambutan Hari_Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia – 31 Ogos 2023
Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Sambutan Hari Merdeka Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.
Berikut dilampirkan Pelan Tapak Sambutan untuk memudahkan perancangan serta navigasi anda bersama keluarga pada hari berkenaan.
Sila semak lokasi tempat duduk awam, tempat letak kereta dan tapak penjaja makanan serta food truck.
Datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Pelbagai acara menarik menanti dan jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69.
36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023, jam 7.00 pagi. Jom beramai-ramai kita meriahkan sambutan!!!
Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir!
Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN #HKHM2023
Semak info penutupan jalan sempena Hari Kebangsaan 2023
Raptai
- Tarikh : 27 hingga 29 Ogos 2023
- Masa : 5.00 – 11.00 pagi
Hari Sambutan
- Tarikh : 31 Ogos 2023
- Masa : 5.00 – 11.00 pagi
* Peta laluan alternatif akan dimaklumkan dalam masa terdekat
Rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023
PERKHIDMATAN SHUTTLE BUS & LOKASI TEMPAT LETAK KERETA AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023
Anda ingin menggunakan shuttle bus atau menaiki kenderaan sendiri untuk ke Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya?
Usah risau, usah khuatir.
Semak jadual perkhidmatan Shuttle Bus dan pilih lokasi Pick Up & Drop-off berdekatan anda.
Semak juga lokasi dan jumlah tempat letak kereta awam bagi melancarkan perjalanan anda ke lokasi sambutan.
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 ini.
Jumpa anda di sana!!!
Baca juga: