Puteri Sarah, Ikon Wanita Kuat dan Ibu Tunggal

Puteri Sarah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tahun 2023 adalah tahun yang sangat mencabar untuk wanita yang bernama Puteri Sarah Liyana ini.

Namun pelakon berwajah jelita ini terus bangkit dan tidak mengalah biarpun mengalas tanggungjawab untuk membesarkan dua orang anak bersendirian.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Puteri Sarah.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit Instagram @puterisarahliyana
NamaPuteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
Nama PanggilanPuteri Sarah
Tarikh Lahir1 Disember 1985
Tempat LahirLondon, England
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (UiTM)
PekerjaanPelakon, Model, Duta Produk
Ketinggian165 cm
Akaun Media SosialInstagram @puterisarahliyana
Facebook @puterisarahpage
TikTok @puterisarahliyana
X @sarahmegat

Kehidupan Peribadi

Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik yang terdiri daripada dua adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Ayahnya bernama, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan ibunya pula adalah Paridah Puteh.

Puteri Sarah
Kredit Instagram @puterisarahliyana

Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal Malaysia, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Namun rumah tangga yang dibina gagal dipertahankan dan akhirnya bercerai pada 2023 yang lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, Sarah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Kredit Instagram @puterisarahliyana

Kerjaya & Profesional

Puteri Sarah memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan. Beliau kemudian mula terlibat dalam membawa peranan lakonan di televisyen dan filem.

Di awal penglibatannya, beliau menggunakan nama Sarah Kamaruddin untuk kerjayanya.

Kerjaya lakonannya bermula sebagai pelakon undangan untuk sitkom Dunia Anita yang disiarkan di TV3, seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Tipah Tertipu The Movie lakonan kumpulan Ruffedge. 

Ketika di fasa puncak kerjayanya, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari bidang lakonan bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak.

Pada tahun 2021 selepas berehat lama dalam dunia seni, Puteri Sarah akhirnya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan.

Drama:

  • Dunia Anita (2005-2007)
  • Puteri (2005-2008)
  • Kawan (2006)
  • Kisah Yusof (2007)
  • Renjis (2008)
  • Pepaya (2008-2009)
  • Dendam (2008-2009)
  • Sari Maya 2 (2009)
  • Asmaradana (2010)
  • Na O Mei (2010)
  • Putera Katak (2010)
  • Janji Kekasih (2010)
  • Tipah Vavavoom (2010)
  • Cinta Antara Kita (2011)
  • Pelangi Kasih (2012)
  • Friday I’m In Love (2012)
  • Indera Joned (2012)
  • Evolusi KL Drift: The Series (2012-2013)
  • Suri (2012-2013)
  • Sufiyah (2013)
  • Cinta Berkalung Duri 2 (2021)
  • Melastik Ke Hatimu (2021)
  • Sabarlah Duhai Hati (2021)
  • Ustazah Robotik (2021)
  • Anak Beranak Abe Yie (2022)
  • Suri Hati (2022)
  • Aku Seorang Perempuan (2022)
  • Andai Itu Takdirnya (2023)
  • Saya Tunggu Awak (2023)
  • Hijrah Jannah (2023)
  • Melastik Ke Hatimu 2 (2023)
  • Ratu Lori (2023)

Telefilem:

  • Sandal & Serban (2013)
  • Awang Batil Terakhir (2013)
  • Gelap Yang Terang (2016)
  • Takbir Dari Belantara (2020)
  • Kasyaf Gelang Iblis (2020)
  • Ayat Dari Langit (2021)
  • Jangan Curi Hati Saya (2021)
  • Tanggang Langgang (2022)
  • Kuasa 3 Malam: Cikgu Nerd (2022)
  • Syurga Nur Muhammad (2022)
  • Selut (2022)
  • Melastik Ke Hatimu Raya (2024)

Filem:

  • Tipah Tertipu The Movie (2006)
  • Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010)
  • Usin UFO (2016)
  • Radhi Rudy Bin Dadu (2016)
  • Memburu (2023)

Bibliografi:

  • Puteri Sarah Liyana; Emi Anvepa (2023). Puteri Sarah: Terus Melangkah. Kuala Lumpur: Terbit Sendiri Empire; Projek Nomad. ISBN 9786299830405.

Pencapaian Puteri Sarah

Puteri Sarah mengucapkan syukur dan rasa bangga dengan pencapaian dirinya apabila mampu membeli kereta mewah Mercedes-Benz A-Class yang dianggarkan bernilai RM250,000 hasil titik peluhnya sendiri.

Dalam bidang lakonan pula, beliau pernah tercalon dalam Anugerah Binta Popular Berita Harian ke-35 (2023) dalam kategori Aktres TV Popular.

@puterisarahliyana

Busy2 juga, jangan lupa detox @Inayah Beauty Trading

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Fakta Menarik Mengenai Puteri Sarah

  • Mempunyai jumlah pengikut laman media sosial peribadinya, Instagram mencecah 2.1 juta, Facebook 601 ribu, dan TikTok hampir 1 juta.
  • Berjaya mendapat kereta mewah idamannya, iaitu jenis Mercedes-Benz A-Class hasil kerja kerasnya kembali berlakon dan menjalankan beberapa perniagaan.
  • Beliau bercita-cita untuk melihat anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi seorang doktor.
  • Mula berhijab sejak tahun 2013.
  • Pernah mengasaskan produk kosmetik sendiri yang diberi nama Shara Cosmetics & Skincare.
  • Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis.
  • Mempunyai buku autobiografi pertamanya, Puteri Sarah: Terus Melangkah.

Tahniah Puteri Sarah! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat dalam bidang lakonan dan perniagaan.

Sumber

  1. Instagram @puterisarahliyana
  2. Puteri Sarah Bangga Pencapaian Diri Sendiri. Harian Metro
  3. Syamsul Ceraikan Puteri Sarah Dengan Talak Satu. Berita Harian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});