Perodua EV: Anggaran Harga RM50 – RM100 Ribu

perodua ev
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apabila rata-rata pengeluar kereta mula membincangkan tentang pembangunan kereta elektrik, Perodua nampaknya tidak juga mahu ketinggalan dan didakwa sedang dalam proses pembangunan kereta Perodua EV mereka sendiri.

Menyedari bahawa penghasilan kereta Perodua EV pertama bukanlah perkara yang mudah, maka pihak Perodua perlulah lebih teliti da menjalankan penyelidikan yang mendalam agar kereta elektri pertama keluaran mereka mencapaia piawaian yang diingini.

Prototaip EV Myvi emo-1

perodua ev

Pada pameran Perodua di Malaysia Auto Show 2024, pihak syarikat tersebut telah mempamerkan sendiri Perodua Myvi Conversion yang dikenali sebagai Perodua emo-1 EV.

Walaupun kereta ini hanyalah sebuah konsep, ianya akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia dan kerjasama ini bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan.

Anggaran harga Perodua EV

Agak sukar untuk menjangka harga kereta EV pertama keluaran Perodua memandangkan tiada spesifikasi rasmi yang dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, harganya dijangka kurang daripada RM100 ribu bagi membolehkannya bersaing dengan harga kereta-kereta elektrik keluaran syarikat pengeluar kereta China.

Harga kenderaan itu tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak akan kurang daripada RM50,000.

Artikel berkaitan: Harga Roadtax EV Terkini 2024 – Cukai Jalan Kenderaan Elektrik

Jualan menjelang 2025

Dalam catatan di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata Perodua telah dipilih sebagai jenama kereta utama untuk mengeluarkan kenderaan Elektrik (EV) mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Beliau mengulangi bahawa garis masa 2025 untuk Perodua mengeluarkan EV mampu milik masih diteruskan selepas bertemu dengan eksekutif kanan Perodua, termasuk presiden dan CEO Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, untuk mengetahui di mana syarikat itu berada dalam pembangunan EV mereka dan bagaimana kerajaan boleh membantu untuk jadikan impian EV mampu milik itu berjaya.

Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Sama-sama kita saksikan dan nantikan agar rancangan Perodua mengeluarkan kereta elektrik pertama tempatan berhasil.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});