PSRA 2023 (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama) – Semakan Keputusan 2023
Tahukah anda apa itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)?
Peperiksaan ini di jalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFA di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya.
Ujian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK.
UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Peperiksaan UPKK dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.
Apakah Penilaian Sekolah Rendah Agama?
PSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama atau PSRA ialah satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam.
Artikel berkaitan: Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023
Skop
Skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.
Bidang yang dinilai adalah:
- Al-Quran dan Hafazan
- Akhlak/Sirah
- Tajwid
- Tauhid/Feqah
- Bahasa Arab
- Jawi, Khat
Dari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:
- Mumtaz (Cemerlang)
- Jayyid Jiddan (Sangat baik)
- Jayyid (Baik)
- Maqbul (Lulus)
- Musaadah (Perlu Bimbingan)
Jadual / Tarikh PSRA 2023
Ujian PSRA bagi tahu 2023 akan bermula pada 9 Oktober 2023 sehingga 13 Oktober 2023.
Berikut merupakan jadual bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama 2023 (PSRA) ini:
- 9 Oktober 2023 (Isnin)
- Subjek : Akhlak dan Sirah
- Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
- 10 Oktober 2023 (Selasa)
- Subjek : Bahasa Arab
- Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
- 11 Oktober 2023 (Rabu)
- Subjek : Tauhid dan Feqah
- Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
- 12 Oktober 2023 (Khamis)
- Subjek : Tajwid
- Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
- 13 Oktober 2023 (Jumaat)
- Subjek : Jawi, Imlak dan Khat
- Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
Kepentingan
Pelajar yang lulus dengan cemerlang (Mumtaz) di dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) berpeluang untuk menyambung pengajian ke:
- Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
- Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor
Keputusan UPKK dan PSRA yang baik akan membantu para pelajar mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat di sekolah menengah agama Tingkatan 1 di negeri Selangor.
Pendaftaran calon PSRA
Borang permohonan calon PSRA boleh dimuat turun terus dari laman web JAIS di pautan https://pendidikan.jais.gov.my/pendaftaran_psra
Tarikh Semakan Keputusan PSRA
Keputusan PSRA bagi tahun 2023 akan diumumkan seperti butiran berikut:
- Tarikh: 14 Disember 2023 (Khamis)
- Masa: 10.00 pagi
- Tempat: Dewan Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah
Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2023
Majlis akan bersiaran langsung di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi untuk tontonan orang awam. Pautan LIVE : https://www.facebook.com/jaisel.official/videos/1403522703850532
Cara Semakan Keputusan PSRA Online
SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSRA) 2023
Keputusan peperiksaan PSRA 2023 boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://result.jais.gov.my bermula jam 12.00 tengah hari 14 Disember 2023.
Rujuk cara semakan berikut:
- Layari laman web https://result.jais.gov.my (bermula jam 12.00 tengah hari 14 Disember 2023)
- Masukkan butiran Kad Pengenalan
- Klik ‘Semak’
NOTA:
Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui pautan berikut: https://result1.jais.gov.my
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelajar dan ibu bapa untuk menyemak keputusan PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2023.
Tahniah dan semoga beroleh kejayaan buat semua.
Sila scan QR code dalam poster di atas atau boleh juga mendapatkan keputusan melalui proses manual melalui sekolah
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertra di bawah:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter)
Fax: 03-5512 3035/5510 5053
Email: pendidikan@jais.gov.my