Pak Choy : Khasiat, Kandungan Nutrisi dan Kesan Sampingan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda penggemar sayuran pak choy? Rasanya yang rangup membuatkan ia sesuai untuk dinikmati sebagai hidangan sup, digoreng kilas atau dicelur.

Bukan sahaja mempunyai rasa yang enak dan segar, malah ia juga padat dengan pelbagai nutrisi penting untuk tubuh.

Ia juga dikenali dengan nama lain seperti bok choy, pak choi dan kubis Cina.

Ayuh kita kenali sayur ini dengan lebih lanjut.

Kandungan Nutrisi

100 gram sayur pak choi mengandungi nutrisi seperti berikut :

NutrisiJumlah
Tenaga13 kcal
Protein1.5 g
Karbohidrat2.18 g
Serat1 g
Kalsium105 mg
Zat besi0.8 mg
Magnesium19 mg
Fosforus37 mg
Kalium252 mg
Zink0.19 mg
Vitamin A223 mcg
Vitamin C223 mcg
Vitamin K45.5 mcg
Folat66 mcg
Pak Choy
Sumber : eatingwell.com

Khasiat Pak Choy

Baik Untuk Kesihatan Mata

Dengan kandungan vitamin A yang tinggi, sayuran ini mampu membekalkan khasiat beta karotene, zeaxanthin dan lutein yang bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan mata.

Di samping itu, karotenoid turut memainkan peranan dalam mencegah katarak serta memperbaiki penglihatan di malam hari.

Menguatkan Sistem Pertahanan Tubuh

1 gelas jus pakchoy mampu membekalkan sehingga 74% keperluan vitamin C harian.

Vitamin C bertindak sebagai antioksida semulajadi dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan sekaligus melindungi tubuh daripada penyakit.

Baik Untuk Jantung

Sayuran ini turut mengandungi vitamin penting untuk kesihatan jantung seperti vitamin B 6 dan asid folat.

Kedua-dua elemen ini memainkan peranan dalam menghapuskan hemosistein asid amino dalam darah.

Kandungan hemosistein yang tinggi didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Mengekalkan Kesihatan Tulang

Sayuran yang tinggi vitamin K dan kalsium seperti bokchoy sememangnya sangat digalakkan untuk dimakan setiap hari bagi meningkatkan kesihatan tulang.

Vitamin K memainkan peranan dalam menstabilkan metabolisma tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang.

Kandungan kalsium dalam sayuran ini pula dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang dan mengelakkan osteoporosis atau masalah tulang rapuh.

Jenis Pak Choy

Walaupun sayur ini dikenali dengan bentuk yang sama, namun terdapat beberapa jenis yang boleh didapati.

Antara jenis pak choy yang boleh ditemui di pasaran adalah :

1. Shanghai Baby Bok Choy

Pakchoy jenis yang satu ini pula boleh dikatakan antara jenis yang paling popular dan sering disajikan di restoran.

Ia juga mudah dikenalpasti dengan batang berwarna hijau muda dan melengkung di pangkalnya. Sayur ini juga boleh tumbuh pada saiz yang berbeza bergantung kepada cara penjagaannya.

Selain dijadikan ramuan sampingan dalam hidangan mi, hidangan popular lain yang turut menggunakan sayur ini adalah pakchoy yang dicelur dan dihidangkan bersama sos tiram.

2. Pakchoy Besar

Pak Choy
Sumber : thewoksoflife.com

Merupakan jenis yang paling besar, sayuran ini boleh dikenalpasti dengan batang yang besar dan berwarna putih.

Batangnya dikatakan mempunyai rasa yang rangup dan manis.

Daunnya pula tidak terlalu banyak dan berwarna hijau gelap. Namun, pakchoy jenis ini dikatakan agak sukar untuk dijumpai di pasaran berbanding jenis yang lain.

Pakchoy Kerdil (Dwarf Bok Choy)

Pak Choy
Sumber : thewoksoflife.com

Bokchoy yang terhasil daripada kacukan ini pula dikatakan sebagai versi mini bagi bokchoy besar yang berwarna putih.

Ia mempunyai batang yang pendek dan gemuk serta daun berwarna gelap dan sedikit kerinting.

Kesan Sampingan

Walaupun sayur ini mampu membekalkan pelbagai nutrisi untuk tubuh, namun ia boleh memberikan kesan sampingan bagi individu dengan masalah kesihatan tertentu.

Sekiranya dimakan mentah, sayur ini boleh mengganggu aktiviti penyerapan iodin. Akibatnya, fungsi tiroid boleh terganggu.

Namun, kesan ini hanya boleh dilihat sekiranya seseorang makan sayur bokchoy mentah dalam jumlah yang banyak dan pada tempoh yang panjang.

Satu kajian turut menyatakan bahawa pengambilan sayur bokchoy dalam jumlah yang nromal tidak akan menjejaskan aktiviti tiroid.

Seperkara lagi, sayuran ini juga mengandungi vitamin K yang tinggi. Bagi individu yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin, anda perlulah berhati-hati ketika mengambil sayur ini.

Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada doktor bagi mengenalpasti jenis makanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.

Sumber : thewoksoflife.com, Majalah Sains, Healthline

Baca Juga : Sawi : Jenis, Kegunaan, Khasiat dan Nutrisi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});