Negara Komanwel: Maksud dan Senarai Negara Anggota

Negara Komanwel
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kita tahu Malaysia merupakan sebuah negara Komanwel dan negara kita juga pernah mencatat sejarah menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Komanwel 1998.

Persoalannya, apakah itu negara Komanwel dan berapa banyakkan negara yang tergolong dalam kumpulan ini?

Apa itu Komanwel?

Negara-Negara Komanwel, sering hanya dirujuk sebagai Komanwel, ialah sebuah persatuan antarabangsa yang terdiri daripada 56 negara anggota yang sebahagian besarnya adalah bekas wilayah Empayar British.

Mereka dihubungkan melalui penggunaan bahasa Inggeris dan hubungan sejarah-budaya.

Tiada kerajaan dalam Komanwel menggunakan kuasa ke atas yang lain, seperti yang berlaku dalam kesatuan politik.

Sebaliknya, Komanwel ialah sebuah organisasi antarabangsa di mana negara-negara yang mempunyai latar belakang sosial, politik dan ekonomi yang pelbagai dianggap sebagai status yang sama, dan bekerjasama dalam rangka kerja nilai dan matlamat bersama, seperti yang digariskan dalam Deklarasi Singapura yang dikeluarkan pada tahun 1971.

Artik berkaitan: Logo Kerajaan Malaysia: Bentuk & Ciri-Cirinya

Senarai negara Komanwel

Berikut merupakan senarai negara anggota:

  1. Antigua and Barbuda
  2. Australia
  3. Bahamas
  4. Barbados
  5. Belize
  6. Botswana
  7. Brunei Darussalam
  8. Cameroon
  9. Canada
  10. Cyprus
  11. Dominica
  12. The Gambia
  13. Ghana
  14. Grenada
  15. Guyana
  16. India
  17. Jamaica
  18. Kenya
  19. Kiribati
  20. Lesotho
  21. Malawi
  22. Malaysia
  23. Maldives
  24. Malta
  25. Mauritius
  26. Mozambique
  27. Namibia
  28. New Zealand
  29. Nigeria
  30. Pakistan
  31. Papua New Guinea
  32. St Lucia
  33. St Vincent and the Grenadines
  34. Samoa
  35. Seychelles
  36. Sierra Leone
  37. Singapore
  38. Solomon Islands
  39. South Africa
  40. Sri Lanka
  41. Swaziland
  42. Tonga
  43. Trinidad and Tobago
  44. Uganda
  45. United Kingdom
  46. United Republic of Tanzania
  47. Zambia

Laman web rasmi kesatuan Komanawel boleh diakses melalui alamat https://thecommonwealth.org/

Sejarah penubuhan Kesatuan Komanwel

Komanwel lahir daripada Empayar British, yang pada satu masa termasuk negara-negara di Asia, Afrika, dan Pasifik, Caribbean dan Amerika.

Pada tahun 1931 ia dipanggil British Commonwealth of Nations, tetapi pada tahun 1949 para pemimpin memutuskan untuk mengubahnya menjadi sebuah organisasi ‘anggota bebas dan sama rata’, dan Komanwel moden telah diwujudkan.

Ghana menjadi ahli pada tahun 1957 dan adalah yang pertama daripada banyak negara Afrika yang menyertai kesatuan ini sebagai negara merdeka pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Pada tahun 1965 Sekretariat Komanwel telah diwujudkan dan berpusat di Marlborough House di London.

Pada 2018, Gambia menyertai semula kesatuan ini setelah hampir lima tahun
meninggalkan Kesatuan Komanwel dan pada tahun 1990-an negara seperti Namibia, Cameroon dan Mozambique, yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada Empayar British, juga menyertai.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});