MAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2024 & PROSES TUNTUTAN
Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.
Antara manfaat MySalam 2024 adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Terkini, dimaklumkan bahawa penghantaran tuntutan bagi penerima mySalam yang didiagnos dari 2019-2023 hanya boleh dihantar sehingga 30 Jun 2024 saja.
Selepas tarikh ini tuntutan bagi diagnosis 2019-2023 tidak akan diterima lagi.
Kelayakan MySalam 2024 [KINI DIBUKA]
Semakan kelayakan MySalam 2024 kini sudah dibuka bermula 7 Julai 2024 di portal MySalam. Bagi peserta yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnosis dengan penyakit kritikal bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Anda boleh menghantar tuntutan tersebut melalui portal MySalam bermula 7 Julai 2024. Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat akaun bank anda adalah lengkap dan tepat.
Apakah MySalam 2024?
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Dalam Belanjawan 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua tahun lagi.
Tujuan MySalam
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Kelayakan & Manfaat MySalam 2024
Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.
Penerima Bantuan Sara Hidup
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Kategori BSH
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
NOTA: Dimaklumkan bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat masa ini.
Anda boleh rujukan terma dan syarat kelulusan tuntutan MySalam 2024 di pautan berikut: Terma dan Syarat
Cara Semakan Kelayakan / Pendaftaran
Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2024 anda.
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :
Nama Hospital | Alamat | No. Tel | Ketersediaan Kiosk |
---|---|---|---|
Hospital Alor Gajah | Pejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, Melaka | YA | |
Hospital Ampang | Jalan Mewah Utara, Ampang, 68000, Selangor | 03-42896000 | YA |
Hospital Bahagia Ulu Kinta | Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, Perak | 05-5332333 | TIDAK |
Hospital Balik Pulau | Balik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang | 04-8669333 | YA |
Hospital Baling | Jala Hospital, Baling, 09100, Kedah | 04-4701333 | YA |
Hospital Banting | Jalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, Selangor | 03-31871333 | YA |
Hospital Batu Gajah | Jalan Changkat, Batu Gajah, 31000, Perak | 05-3663333 | YA |
Hospital Bau | Batu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, Sarawak | 082-763711 | YA |
Hospital Beaufort | Peti Surat 40, Beaufort, 89807, Sabah | 087-212333 | YA |
Hospital Beluran | Karung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, Sabah | 089-511233/333 | YA |
Hospital Bentong | Hospital Bentong, Bentong, 28000, Pahang | 09-2223333 | YA |
Hospital Besut | Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, Terengganu | 09-6971130/200 | YA |
Hospital Betong | Jalan Betong, Betong, 95707, Sarawak | 083-472821 | YA |
Hospital Bintulu | Jalan Nyabau, Bintulu, 97000, Sarawak | 086-255899 | YA |
Hospital Bukit Mertajam | Jalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau Pinang | 04-5497333 | YA |
Hospital Changkat Melintang | Lambor Kanan, Parit, Bota, 32900, Perak | 05-3761333 | YA |
Hospital Dalat | Jalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, Sarawak | 084-863213 | TIDAK |
Hospital Daro | Jalan Itol, Daro, 96200, Sarawak | 084-823620 | YA |
Hospital Duchess Of Kent | KM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, Sabah | 089-248 600 | YA |
Hospital Dungun | Hospital Dungun, Dungun, 23000, Terengganu | 09-8483333 | YA |
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang | KM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, Johor | 07-7787000 | YA |
Hospital Gerik | Jalan Intan, Grik, 33000, Perak | 05-7911333 | YA |
Hospital Gua Musang | Bandar Baru, Gua Musang, 18300, Kelantan | 09-9121133 | YA |
Hospital Hulu Terengganu | Batu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, Terengganu | 09-6813333/120 | YA |
Hospital Jasin | Hospital Utama, Jasin, 77000, Melaka | 06-5294262 | YA |
Hospital Jelebu | Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri Sembilan | 06-6136355 | YA |
Hospital Jeli | Bandar Jeli, Jeli, 17600, Kelantan | 09-9440092 | YA |
Hospital Jempol | Hospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri Sembilan | 06-4592000 | YA |
Hospital Jengka | Bandar Jengka, Maran, 26400, Pahang | 09-4662333 | YA |
Hospital Jerantut | Taman Jaya, Jerantut, 27000, Pahang | 09-2663333 | YA |
Hospital Jitra | Jalan Changlun, Jitra, 06000, Kedah | 04-9174333 | YA |
Hospital Kajang | Jalan Semenyih, Kajang, 43000, Selangor | 03-89133333 | YA |
Hospital Kampar | Jalan Hospital, Kampar, 31500, Perak | 05-4653333 | TIDAK |
Hospital Kanowit | Jalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, Sarawak | 084-752333 | YA |
Hospital Kapit | Jalan Memora, Kapit, 96800, Sarawak | 084-796333 | YA |
Hospital Kemaman | Jalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, Terengganu | 09-8513333 | YA |
Hospital Keningau | Peti Surat 11, Keningau, 89007, Sabah | 087-313000 | YA |
Hospital Kepala Batas | Jalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang | 04-5793333 | YA |
Hospital Kinabatangan | W.D.T 200, Kinabatangan, 90020, Sabah | 089-561858 | YA |
Hospital Kota Belud | Peti Surat 159, Kota Belud, 89158, Sabah | 088-976333 | YA |
Hospital Kota Marudu | Peti Surat 255, Kota Marudu, 89108, Sabah | 088-661984 | YA |
Hospital Kota Tinggi | Jalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, Johor | 07-8831131/32 | YA |
Hospital Kuala Kangsar | Jalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, Perak | 05-7763333 | YA |
Hospital Kuala Krai | Jalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, Kelantan | 09-9611300 | YA |
Hospital Kuala Kubu Bharu | Jalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, Selangor | 03-60641333 | YA |
Hospital Kuala Lipis | 09-3123333 | YA | |
Hospital Kuala Lumpur | Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala Lumpur | 03-26155555 | YA |
Hospital Kuala Nerang | Kuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, Kedah | 04-7867333 | YA |
Hospital Kuala Penyu | W.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, Sabah | 087-853100 | YA |
Hospital Kudat | Peti Surat 22, Kudat, 89057, Sabah | 088-613333 | YA |
Hospital Kulim | Jalan Mahang, Kulim, 09000, Kedah | 04-4272733 | YA |
Hospital Kunak | W.D.T. 150, Kunak, 91209, Sabah | 089-894100 | YA |
Hospital Labuan | Peti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, Labuan | 087-596888 | TIDAK |
Hospital Lahad Datu | Peti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, Sabah | 089-895111 | YA |
Hospital Langkawi | Bukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, Kedah | 04-9665333 | YA |
Hospital Lawas | Jalan Hospital, Lawas, 98850, Sarawak | 085-283781 | YA |
Hospital Limbang | Jalan Pandaruan, Limbang, 98700, Sarawak | 085-211200 | YA |
Hospital Lundu | Jalan Sekambal, Lundu, 94500, Sarawak | 082-735311 | YA |
Hospital Machang | Jalan Pasir Puteh, Machang, 18500, Kelantan | 09-9741300/301 | YA |
Hospital Marudi | Jalan Pungor, Marudi, 98050, Sarawak | 085-755511 | YA |
Hospital Melaka | Jalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, Melaka | 06-2892344 | YA |
Hospital Mersing | Jalan Ismail, Mersing, 86800, Johor | 07-7993333 | YA |
Hospital Mesra Bukit Padang | Peti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, Sabah | 088-240984 | TIDAK |
Hospital Miri | Jalan Cahaya, Miri, 98000, Sarawak | 085-420033 | YA |
Hospital Muadzam Shah | Muadzam Shah, Rompin, 26700, Pahang | 09-4523333 | YA |
Hospital Mukah | Jalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, Sarawak | 084-871333 | YA |
Hospital Orang Asli | KM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, Selangor | YA | |
Hospital Pakar Sultanah Fatimah | Jalan Salleh, Muar, 84000, Johor | 06-9521901 | YA |
Hospital Papar | Peti Surat No. 6, Papar, 89607, Sabah | 088-913333 | YA |
Hospital Parit Buntar | Jalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, Perak | 05-7163333 | YA |
Hospital Pasir Mas | Jalan Meranti, Pasir Mas, 17000, Kelantan | 09-7932300 | YA |
Hospital Pekan | Jalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, Pahang | 09-4223333 | YA |
Hospital Permai Johor Bahru | Jalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, Johor | 07-2311000 | TIDAK |
Hospital Pitas | Peti Surat 88, Pitas, 89100, Sabah | 088-676100 | YA |
Hospital Pontian | Jalan Alsagoff, Pontian, 82000, Johor | 07-6873333 | YA |
Hospital Port Dickson | KM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri Sembilan | 06-6487333 | YA |
Hospital Pulau Pinang | Jalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau Pinang | 04-2225333 | YA |
Hospital Putrajaya | Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, Putrajaya | 03-83124200 | YA |
Hospital Queen Elizabeth | Karung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, Sabah | 088-517555 | YA |
Hospital Queen Elizabeth II | Lorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, Sabah | 088-245249 | YA |
Hospital Raja Perempuan Zainab II | Jalan Hospital, Kota Bharu, 15000, Kelantan | 09-7452000 | YA |
Hospital Raja Permaisuri Bainun | Jalan Hospital, Ipoh, 30400, Perak | 05-2533333 | YA |
Hospital Rajah Charles Brooke Memorial | Bt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, Sarawak | 082-611123 | TIDAK |
Hospital Ranau | Peti Surat 65, Ranau, 89300, Sabah | 088-875266 | YA |
Hospital Raub | Jalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, Pahang | 09-3553333 | YA |
Hospital Rehabilitasi Cheras | Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur | 03-91453400 | TIDAK |
Hospital Rompin | Jalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, Pahang | 09-4141305 | YA |
Hospital Saratok | KM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, Sarawak | 083-436311 | YA |
Hospital Sarikei | Jalan Rentap, Sarikei, 96100, Sarawak | 084-653333 | YA |
Hospital Seberang Jaya | Jln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau Pinang | 04-3827333 | YA |
Hospital Segamat | KM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, Johor | 07-9433333 | YA |
Hospital Selama | Jalan Taiping, Selama, 34100, Perak | 05-8394233 | YA |
Hospital Selayang | Lebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, Selangor | 03-61203233 | YA |
Hospital Semporna | Peti Surat 80, Semporna, 91307, Sabah | 089-781522 | YA |
Hospital Sentosa | Batu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, Sarawak | 082-612321 | TIDAK |
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital Serdang | Jalan Puchong, Kajang, 43000, Selangor | 03-89475555 | YA |
Hospital Seri Manjung | Seri Manjung, Seri Manjung, 32040, Perak | 05-6881333 | YA |
Hospital Serian | Bandar Serian, Serian, 94700, Sarawak | 082-874311 | YA |
Hospital Setiu | Bandar Permaisuri, Setiu, 22100, Terengganu | 09-6090333 | YA |
Hospital Shah Alam | Persiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor | 03-55263000 | YA |
Hospital Sibu | Batu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, Sarawak | 084-343333 | YA |
Hospital Sik | Pekan Sik, Sik, 08220, Kedah | 04-4695333 | YA |
Hospital Simunjan | Jalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, Sarawak | 082-803984 | YA |
Hospital Sipitang | Peti Surat 250, Sipitang, 89857, Sabah | 087-822296 | YA |
Hospital Slim River | 05-4508000 | YA | |
Hospital Sri Aman | Jalan Hospital, Sri Aman, 95007, Sarawak | 083-322151 | YA |
Hospital Sultan Abdul Halim | Jalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, Kedah | 04-4457333 | YA |
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah | Jalan Maran, Temerloh, 28000, Pahang | 09-2955333 | YA |
Hospital Sultan Ismail | Jalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, Johor | 07-3565000 | YA |
Hospital Sultanah Aminah | Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, Johor | 07-2231666 | YA |
Hospital Sultanah Bahiyah | KM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, Kedah | 04-7406233 | YA |
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom | Tanah Rata, Cameron Highlands, 39000, Pahang | 05-4913333 | YA |
Hospital Sultanah Nora Ismail | Jalan Korma, Batu Pahat, 83000, Johor | 07-4363000 | YA |
Hospital Sultanah Nur Zahirah | Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, Terengganu | 09-6212121 | YA |
Hospital Sungai Bakap | Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau Pinang | 04-5824333 | YA |
Hospital Sungai Buloh | Jalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, Selangor | 03-61454333 | TIDAK |
Hospital Sungai Siput | Jalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, Perak | 05-5983333 | YA |
Hospital Taiping | Jalan Taming Sari, Taiping, 34000, Perak | 05-8204000 | YA |
Hospital Tambunan | Peti Surat 10, Tambunan, 89657, Sabah | 087-774333 | YA |
Hospital Tampin | Jalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri Sembilan | 06-4411511 | YA |
Hospital Tanah Merah | 09-9545000 | YA | |
Hospital Tangkak | Jalan Hospital, Tangkak, 84900, Johor | 06-9782792 | YA |
Hospital Tanjung Karang | Jalan Besar, Tanjung Karang, 45500, Selangor | 03-32698333 | YA |
Hospital Tapah | Jalan Temoh, Tapah, 35000, Perak | 05-4011333 | YA |
Hospital Tawau | Peti Surat 80, Tawau, 91007, Sabah | 089-773533 | YA |
Hospital Teluk Intan | Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, Perak | 05-6213333 | YA |
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim | Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, Johor | 07-6623333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Afzan | Jalan Air Putih, Kuantan, 25100, Pahang | 09-5133333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Jemaah | Jalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, Selangor | 03-32163333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Rahimah | Jalan Langat, Klang, 41200, Selangor | 03- 33723333 | YA |
Hospital Tengku Anis | Jalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, Kelantan | 09-7843333 | YA |
Hospital Tenom | Peti surat 97, Tenom, 89907, Sabah | 087-735577 | YA |
Hospital Tuanku Ampuan Najihah | KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan | 06-4818001 | YA |
Hospital Tuanku Fauziah | Jalan Kolam, Kangar, 01000, Perlis | 04-9738000 | YA |
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban | Jalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri Sembilan | 06-7623333 | YA |
Hospital Tuaran | Peti surat 996, Tuaran, 89207, Sabah | 088-788317 | YA |
Hospital Tumpat | Jalan Kelaburan, Tumpat, 62000, Kelantan | 09-7263000 | YA |
Hospital Umum Kuching | Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, Sarawak | 082-276666 | YA |
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah | Karung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, Sabah | 088-522600 | YA |
Hospital Yan | Batu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, Kedah | 04-4655333 | YA |
Institut Kanser Negara | No 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, Putrajaya | 03-88925555 | YA |
Institut Perubatan Respiratori | Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala Lumpur | 03-40232966 | YA |
Pusat Jantung Sarawak | Jalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, Sarawak | 082-668111 | YA |
Pusat Kawalan Kusta Negara | Jalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor | 03-61561321 | TIDAK |
Pusat Perubatan Universiti Malaya | Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala Lumpur | 60379494422 | YA |
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia | Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur | 60391455555 | YA |
Hospital Universiti Sains Malaysia | Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, Kelantan | 6097673000 | YA |
Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | Jalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Pahang | 95912500 | YA |
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTM | Jalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor | 603 6126 5000 | TIDAK |
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur | 3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala Lumpur | 03-4145 4200 | TIDAK |
Hospital Angkatan Tentera, Lumut | Pengkalan TLDM, Lumut, 32200, Perak | 05-683 7090 | TIDAK |
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka | Kem Terendak, Terendak, 76200, Melaka | 06-357 3201 | YA |
Hospital Tentera Darat, Gemas | Gemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri Sembilan | TIDAK | |
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu | Jalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, Sabah | 011-3603 6612 | TIDAK |
Hospital Rembau | Kampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri Sembilan | 06-6860600 | YA |
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia | Persiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, Selangor | 03-97695001 | YA |
Hospital Tunku Azizah | Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala Lumpur | 03-26003000 | YA |
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM | Bandar Puncak Alam, , Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, Selangor | 03-3396 3000 | TIDAK |
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM | Jalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur | 03-9174 8888 | TIDAK |
Hospital Sultan Ismail Petra | KM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, Kelantan | 09-09611666 | TIDAK |
Hospital Cyberjaya | Persiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, Selangor | 03-83124200 | TIDAK |
Hospital Bera | Taman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, Pahang | 09-2509323 | TIDAK |
Hospital Pendang | Kampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, Kedah | 04-7251000 | TIDAK |
Cara Buat Tuntutan
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
I. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan MySalam COVID-19
Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.
Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.
Manfaat penggantian pendapatan akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).
Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam.
Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
SILA RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH:
Hanya penerima mySalam yang layak dan POSITIF COVID-19 sahaja boleh membuat tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi pada tahun 2022.
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan adalah seperti berikut:
Kategori | Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan |
---|---|
Positif menghidap COVID-19 di hospital | Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. |
Positif menghidap COVID 19 dan sedang/telah menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin/ kediaman sendiri. | Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. |
**Sila dapatkan Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan Isolasi yang ditandatangani oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia berserta cop rasmi yang jelas dari CAC/PKD yang berhampiran.
Penerima mySalam masih boleh mengemukakan tuntutan berkaitan diagnosis positif COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi untuk tahun 2022, sekiranya telah dimasukkan ke hospital panel mySalam atau telah diarahkan menjalani kuarantin (Surat Perintah Isolasi/Kuarantin (Annex 14) dan Pelepasan Kuarantin (Annex 17) yang dikeluarkan oleh Pegawai Pusat Kesihatan Daerah (PKD) adalah diperlukan).
Untuk rujukan, tuntutan berkaitan kuarantin berkaitan kes kontak rapat (di mana diagnosis COVID-19 adalah negatif) hanya diterima bagi tarikh kuarantin hingga 31 Oktober 2021 dan tuntutan perlu dikemukakan selewatnya pada 31 Disember 2021. Sebarang tuntutan berkaitan kuarantin di rumah selepas tarikh 31 Disember 2021, hanya akan diterima bagi diagnosis positif COVID-19. Makluman berkenaan perkara ini juga telah dibuat di laman web mySalam, sejak 12 Oktober 2021.
Bermula April 2022, mySalam akan menerima tuntutan Hospitalisasi dari penerima mySalam yang dikenakan arahan kuarantin berkaitan kes Positif COVID-19 & menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) dari aplikasi MySejahtera. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima adalah setakat tarikh kuarantin 30 April 2022.
Tangkap layar (screenshot) dari MySejahtera diterima tanpa perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tarikh akhir untuk menyerahkan tuntutan, bagi tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) adalah 30 Jun 2022. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN diterima.
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.
Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938 atau boleh juga emailkan ke alamat berikut: info@mysalam.com.my atau lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.