Ayuh bagi sesiapa yang berminat menjadi guru KPM, permohonan PDPP (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan) kini dibuka melalui Portal myMOHON mypdpp.
Ini bermaksud, jika anda ada Ijazah, berumur bawah 35 tahun dan yang paling penting – berminat jadi GURU KPM – IPG akan buka Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan khas untuk IJAZAH BUKAN PENDIDIKAN. Belajar 1 tahun sahaja. Menarik kan? Jangan lepaskan peluang!
Nak mohon di mana? myMOHON dibangunkan bagi membolehkan permohonan dilaksanakan dalam talian.
Jom ketahui lebih lanjut tentang tawaran ini dan cara permohonan PDPP online.
TERKINI : PEMAKLUMAN Penangguhan Tarikh Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024
Tarikh Permohonan: Akan dimaklumkan semula kemudian
Pengenalan Portal myMOHON mypdpp
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru.
myMOHON dibangunkan bagi membolehkan permohonan dilaksanakan dalam talian.
Maklumat & Syarat Permohonan PDPP Ambilan 2024
PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2024
Pautan Permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal myMOHON di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 14 Mac 2024.
Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
Rujuk iklan penuh di bawah: https://mypdpp.moe.gov.my/IKLAN_2024/IKLAN_PDPP_2024.pdf
Baca juga:
- Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM
- Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Bonus – JANM
Tarikh Tutup Permohonan
TERKINI : Penangguhan Tarikh Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024.
Tarikh Permohonan: Akan dimaklumkan semula kemudian
Maklumat lanjut layari pautan berikut:
Maklumat Lanjut myMOHON myPDPP
Pertanyaan berkaitan Program ini. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
No Fax : 03-8312 6655
Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/