PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2023 – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD KEPADA 35,000 ORANG !!!
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Pengenalan
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Permohonan Program MyLesen B2 2024
PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2024
Impak Program :
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
KUOTA 35,000 PESERTA !!!
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
- Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.
Borang Pendaftaran
Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik melalui pautan yang disediakan: https://docs.google.com/…/1FAIpQLSek9MDK5…/viewform
*(Sila scan menggunakan Google Lens)
Pautan Qr Code : https://docs.google.com/…/1FAIpQLSek9MDK5…/viewform
Soalan Lazim (FAQ)
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi
memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan
B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan
dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas
B2.
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR seperti
dibawah: https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A *(Sila scan QR code di bawah menggunakan Google Lens)
2024?
Syarat-syarat Peserta:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 16 tahun dan ke atas;
c) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
d) Sihat fizikal dan mental;
e) Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
f) Belum memiliki sebarang lesen memandu.
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk
ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu
mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ
sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti
berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang
telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi
terhampir dengan pilihan peserta.
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan
dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.
Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta
terhadap Program yang dilaksanakan.
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan,
penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan
dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di
dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang
telah ditetapkan iaitu November 2024.
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui
Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.
OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang
pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang
Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang
Upaya).
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun
2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892
8714/8693.
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di alamat e-mel : mylesenb2@jpj.gov.my atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
DAFTAR SEKARANG !!
LIKE • SHARE • FOLLOW • SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia
Baca juga: Cara Check CCTV Trafik Di Highway PLUS Secara Live. Elak Kesesakan