Login 1GovUC: E-mel & Sistem Komunikasi MyGovUC Penjawat Awam

mygovuc
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jika anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam, anda tentu pernah login 1GovUC, iaitu e-mel rasmi yang dikhaskan untuk penjawat awam.

E-mel ini adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh MyGovUC selain menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.

Bagi yang pertama kali menggunakannya atau terlupa menggunakan sistem ini, dalam artikel ini dikongsikan lebih lanjut tentangnya.

Apakah MyGovUC?

MyGovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU.

Perkhidmatan yang menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel 1GovUC, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti ini dijamin selamat untuk digunakan kerana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan selain dapat memudahkan penjawat awam menggunakan perkhidmatan yang disediakan dalam satu pusat.

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

Baca juga: SPLKPM 2020: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Perkhidmatan Yang Disediakan MyGovUC

Perkhidmatan yang disediakan oleh MYGovUC termasuklah:

  • E-mel 1GovUC: Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik.
  • Komunikasi Bersepadu (UC): Terdiri dari Portal MyGovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.
  • Portal dan Media Sosial: Terdiri dari Portal MyGovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.
  • Perkhidmatan Nilai Tambah: MyGovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP) serta Perlindungan Keselamatan E-mel

Baca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

1govuc

Cara Login E-mel 1GovUC

Untuk log masuk ke e-mel rasmi 1GovUC, sila rujuk langkah Single Sign On (SSO) untuk akses ke perkhidmatan emel Web(OWA), Big Mail Transfer(BMT) dan User Self Service

  1. Sila layari ke laman web http://www.1govuc.gov.my/
  2. Klik pada butang “Login SSO”
  3. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan
  4. Klik pada servis yang hendak dicapai tanpa perlu memasukkan semula ID dan katalaluan MyGovUC.

NOTA: Semua pengguna MyGovUC boleh menggunakan perkhidmatan Big Mail Transfer (BMT) melalui Single Sign On (SSO) di pautan Portal MyGovUC.

1govuc

Tips Housekeeping E-mel 1GovUC

Untuk mengoptimumkan fungsi serta penggunaan storan e-mel yang disediakan, penjawat awam perlulah sentiasa membuat proses pembersihan atau ‘housekeeping’ bagi mengelakkan penerimaan e-mel disekat apabila terlalu penuh.

Di sini dikongsikan video Tips Housekeeping E-mel MyGovUC untuk perkongsian maklumat dan panduan anda.

https://www.facebook.com/mampujpm/posts/3781781558507859

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan tentang 1GovUC, sila hubungi 03-7711 4646 atau e-mel vadsservicedesk@vads.com / sdsfb@1govuc.gov.my (Isnin – Jumaat, 8.30 am – 5.30 pm)

Rujuk Portal Rasmi MyGovUC atau isikan maklumbalas anda melalui borang INI.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});