Konvokesyen UiTM ke-98 (Sesi Jun) 2023 akan berlangsung 18 November hingga 14 Disember 2023 dan graduan yang berkenaan seharusnya sudah menerima surat jemputan yang menghadiri majlis konvokesyen ini.
Majlis konvoksyen ini pastinya sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang telah bertungkus-lumus bertahun-tahun menamatkan pengajian mereka, tidak lupa juga kepada keluarga pelajar yang telah banyak berkorban memastikan kejayaan para pelajar.
Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 akan diadakan pada 18 November hingga 14 Disember 2023 seperti di lokasi berikut:
- Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam: 18 hingga 30 November 2023
- Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah: 7 Disember 2023
- Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak: 13 hingga 14 Disember 2023
Tarikh Konvokesyen UiTM ke-98
Para Graduan Konvokesyen UiTM ke-98 boleh menyemak sesi konvokesyen melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search.
Jika semakan pelajar mendapati sesi konvokesyen adalah pada sesi 202399 (Disember 2023), istiadat konvokesyen bagi pelajar sesi 202399 (Disember 2023) dijangka akan diadakan pada Mei/Jun 2024 (Tertakluk kepada pindaan).
Artikel berkaitan: Kalendar Akademik UiTM 2023 / 2024 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti
Jadual Konvokesyen UiTM & Tarikh Pengambilan Jubah
Sila lihat pautan di bawah untuk semakan Jadual Konvokesyen UiTM ke-98dan tarikh pengambilan jubah anda:
a. Jadual sidang UiTM Shah Alam (mengikut cawangan/fakulti/program)
(Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM
Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam)
b. Jadual sidang UiTM Cawangan Sabah (mengikut fakulti/program)
c. Jadual sidang UiTM Cawangan Sarawak (mengikut fakulti/program)
Pastikan anda hanya menghadirkan diri pada tarikh yang dinyatakan sahaja bagi memastikan kelancaran urusan.
Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, pengambilan sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
> Dapatkan lanyard UiTM Dihatiku dengan pelbagai pilihan corak menarik
Yuran Konvokesyen
Yuran konvokesyen akan dikenakan kepada semua graduan.
Bayaran yuran adalah untuk skrol, transkrip rasmi dan sumbangan tabung alumni.
Peringkat Pengajian | Yuran Konvokesyen |
Ijazah Doktor Falsafah | RM230 |
Ijazah Sarjana | RM210 |
Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Sarjana Muda / Profesional | RM175 |
Diploma / Profesional | RM150 |
Semakan Yuran Konvo, Saman dan Denda
Para graduan Konvokesyen UiTM ke-98 boleh membuat semakan Yuran Konvo, Saman dan Denda (Jika Ada) melalui pautan https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp
Graduan yang belum menjelaskan bayaran di atas tidak akan dibenarkan untuk mengambil jubah konvokesyen.
Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar.
Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan.