Kailan : Kandungan Nutrisi dan Kebaikan Untuk Tubuh

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mempunyai batang yang rangup dan daun yang sedikit kelat rasanya, kailan merupakan antara sayuran yang terkenal di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain.

ia juga menjadi juadah yang biasa digoreng bersama ikan masin serta menjadi pelengkap bagi lauk pauk seperti tom yam dan hidangan makanan laut lain.

Ia juga sesuai dicelur dan dihidangkan secara ringkas bersama sos tiram.

kailan
Sumber : Bon Appetit

Turut dikenali sebagai Brokoli Cina atau Kale Cina, sayur ini mampu membekalkan pelbagai kebaikan terhadap kesihatan.

Sayur ini dikatakan berasal daripada kawasanan Mediterranean, namun ia didapati sesuai untuk tumbuh pada iklim tropika seperti di Malaysia.

Kailan juga difahamkan berasal daripada keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Jepun dan Sawi Hijau.

Kandungan Nutrisi

100 gram sayur kailan yang telah dimasak mampu membekalkan nutrisi seperti berikut :

NutrisiKandungan
Kalori22
Serat2.5 gram
Vitamin A​82μg
Vitamin C​28mg
Folat99μg
Kalium​261mg
Vitamin K​85μg
Magnesium​18mg
Kalsium100mg
kailan
Sumber : ericajulson.com

Khasiat Kailan Untuk Kesihatan

1. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Beberapa vitamin serta mineral dalam sayur ini iaitu magnesium, kalsium dan vitamin K didapati dapat membantu dalam melindungi kesihatan tulang.

2. Sumber Serat Yang Baik

Kandungan serat yang tinggi dalam sayur kailan dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit.

Di samping itu, diet tinggi serat juga dapat membantu seseorang rasa kenyang pada tempoh yang lebih lama.

3. Mengurangkan Tekanan Darah

Kebaikan kalium dapat buah-buahan dan sayuran termasuk kailan didapati berpotensi dalam mengawal tekanan darah seseorang.

Ini membuatkan sayuran ini sesuai untuk dimakan bagi pesakit darah tinggi dan sakit jantung.

Pastikan hidangan sayur kailan tidak terlalu masin, ya! Barulah tubuh dapat menyerap kebaikan sayuran ini dengan lebih berkesan.

3. Baik Untuk Ibu Hamil

Ibu mengandung sangat digalakkan untuk mengamalkan sayuran berdaun hijau termasuk kailan. Ini disebabkan oleh kandungan zat besi serta folat yang cukup tinggi dalam sayur ini.

Zat besi dan folat memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah serta dapat mengelakkan masalah yang sering dialami para ibu iaitu anemia.

Folat juga menyokong perkembangan sistem saraf bayi dan merupakan nutrien yang sangat penting khususnya pada fasa awal kehamilan.

4. Baik Untuk Sistem Pertahanan Tubuh dan Kesihatan Mata

Kailan mampu membekalkan sehingga 41% keperluan vitamin C harian. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu menyokong sistem pertahanan badan serta mencegah tubuh daripada penyakit.

Pada masa yang sama, sayuran ini juga diperkaya dengan vitamin A, iaitu vitamin yang penting bagi melindungi kesihatan mata.

Kedua-dua nutrisi ini sekaligus boleh bertindak sebagai antioksida bagi meningkatkan kekuatan sistem pertahanan badan dan mencegah risiko kanser.

Dengan aneka khasiat yang dimiliki, sayur kalian sememangnya sesuai untuk dijadikan sumber sayuran setiap hari buat seisi keluarga.

Sayur ini juga padat dengan mineral serta vitamin yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium, serat, vitamin A dan vitamin C serta sesuai diamalkan oleh ibu mengandung.

Jadi, ayuh kita amalkan pengambilan 3 sajian sayur setiap hari dan jangan lupa untuk masukkan sayur kailan dalam menu anda.

Sumber : WebMD, healthexchange.sg, MYAgro

Baca Juga : Timun Jepun : Kandungan Nutrisi dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});