Hari Kraf Kebangsaan 2024: Tarikh, Lokasi, Aktiviti & Pendaftaran

hari kraftangan kebangsaan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Hari Kraf Kebangsaan 2024 (HKK) dianjurkan bagi mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia.

Kemeriahan HKK 2024 makin terasa, nantikan kepelbagaian produk kraf tempatan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ akan diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia.

Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 buat kali ke-21.

Tujuan utama HKK semestinya tidak lain tidak bukan untuk membantu para pengusaha kraf untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Sambutan pada kali ini dijangka akan menghimpunkan pelbagai rekaan produk kraf baharu dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, tanah, hasil logam dan aneka kraf yang dibuat sendiri oleh usahawan kraf dari seluruh negeri.

Penganjuran kali ini ini bukan sahaja dapat menggalakkan masyarakat mengguna pakai produk tempatan malah ia juga menjadi medium pertemuan penggiat industri dan pencinta kraf bertukar-tukar pandangan bagi kemajuan industri kraf negara.

Lokasi

Hari Kraf Kebangsaan 2024 akan dianjurkan di 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗿𝗮𝗳 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗹𝗮𝘆.

Artikel menarik: Karangan Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah

Tarikh & Masa

  • Tarikh: 𝟮𝟭 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 – 𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰
  • Masa: 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺

Senarai aktiviti

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dianjurkan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2024 ini:

  • Jualan Produk Kraf
  • Padanan Perniagaan
  • Pameran Tokoh Kraf Negara 2024
  • Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
  • Pameran Produk Kraf Baharu
  • Pameran MYCRAFTSHOPPE
  • Demonstrasi Kraf
  • Interaktif Kraf
  • Seminar Kraf
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan
  • Galakan Pengunjung
  • Persembahan Kesenian
  • Projek Kraf Upcycle
  • Pertandingan Tik Tok HKK 2024
  • Pertandingan AI HKK 2024
  • Jom Naik Bas HoHo ke HKK 2024
  • Jualan Makanan & Minuman

Jadi jangan lupa ajak ahli keluluarga dan rakan-rakan anda untuk bersama-sama memeriahkan sambuttan pada tahu ini!

Pendaftaran

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan pada sambutan kali ini, anda boleh mengimbas kod QR di bawah untuk mendaftarkan penyertaan anda terlebih dahulu.

Hari Kraf Kebangsaan 2024

Untuk maklumat lanjut, sila ikut akaun laman sosial Kraftangan Malaysia di Facebook dan Instagram.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});