Julat Pemarkahan & Gred SPM 2024

gred spm 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan gred SPM 2024 bagi pemarkahan untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan ini.

Julat pemarkahan ini dibuat untuk menilai prestasi calon yang mengambil peperiksaan ini.

Dalam erti kata yang lain, penentuan gred ini adalah bergantung kepada jumlah markah yang diperoleh calon mengikut kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang tertentu.

Oleh itu, diterangkan seperti dibawah pemarkahan dan gred yang diberikan dalam peperiksaan ini.

Mengenai SPM

SPM ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.

SPM merekodkan pencapaian murid untuk digunakan untuk tujuan berikut:

  • Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi.
  • Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa.
  • Memohon pekerjaan.
  • Pencapaian bagi pentaksiran pendidikan murid sepanjang tempoh pendidikan menengah tingkatan lima.

SPM juga adalah diiktiraf setaraf dengan GCE O-level. Penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti:

  1. Cambridge International Examinations (CIE)
  2. New Zealand Qualification Authority (NZQA)
  3. Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
  4. Pearson
  5. CITO

Penentuan Gred SPM 2024

Penentuan gred ini dibuat berdasarkan markah berikut:

MarkahGred MenengahNilai Gred Menengah Atas 2023
90 – 100Gred A +Cemerlang Tertinggi
80 – 89Gred ACemerlang Tinggi
70 – 79Gred A –Cemerlang
65 – 69Gred B +Kepujian Tertinggi
60 – 64Gred BKepujian Tinggi
55 – 59Gred C +Kepujian Atas
50 – 54Gred CKepujian
45 – 49Gred D adalah mencapai tahap minimumLulus Atas
Markah 40 – 44Gred E adalah markah lulus spm sebenar 2023Lulus
Markah 0 – 39Gred GGagal
THTHTidak Hadir

Cara Pengiraan Markah SPM

Pengiraan markah untuk SPM boleh dilihat seperti contoh di bawah:

Maklumat mengenai SPM boleh dirujuk menerusi pautan http://lp.moe.gov.my/index.php/peperiksaan-pentaksiran/peringkat-menengah-atas/52-sijil-pelajaran-malaysia

Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM, Zakat & Bantuan IPT 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});