Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja

cara daftar maybank2u online
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara daftar Maybank2u online ni mudah saja dan hanya ambil masa beberapa minit.

Kini ia boleh didaftarkan secara online dengan mudah dan kemudian kita boleh menikmati pelbagai kemudahan perbankan internet.

Di sini kami kongsikan cara daftar Maybank2u online beserta kelebihannya.

Apakah Maybank2u?

Maybank telah dikenali sebagai bank serantau sejak 1960, dengan penubuhan operasinya di Malaysia serta cawangan di Singapura dan Brunei dalam tahun yang sama.

Pada tahun 2000, Maybank tampil sebagai bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet (online banking).

Maybank2u.com mencetus kejayaan dalam bidang teknologi yang membolehkan pelanggan mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan.

Terkini, Maybank telah dinobatkan sebagai Bank Digital Pengguna Terbaik Dunia di Malaysia dan Indonesia untuk pemenang Pusingan Pertama Anugerah Bank-Bank Pengguna Terbaik Dunia 2020 di Asia-Pasifik oleh majalah Global Finance.

Disebabkan itu, pengguna Maybank di Malaysia memang sangat ramai.

Baca juga: i-Sinar KWSP Proses Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP

Jadi, jika anda belum mendaftar sebagai pengguna Maybank2u online, sila rujuk langkah di bawah.

Cara Daftar Maybank2u Online

Langkah 1

cara daftar maybank2u

Langkah 2

Masukkan butiran berikut:

  • Nombor kad / Access Number – Nombor akaun Maybank 12 digit
  • Nombor PIN – Nombor PIN ATM Maybank 6 digit
cara daftar maybank2u

Langkah 3

  • Sila cipta Profil Pengguna dalam ruang Username dan Password.
  • Kemudian masukkan alamat e-mel anda yang aktif.
  • Kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.
  • (Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.)

*Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda atau membuat pertanyaan cara daftar Maybank2u step-by-step.

cara daftar maybank2u

Langkah 4

Sila isikan 3 butiran berikut bagi tujuan keselamatan:

  • Image – Setkan gambar bagi tujuan keselamatan.
  • Security Phrase – Ssila isikan apa-apa perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingat bagi tujuan keselamatan.
  • Memorable Question – Pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan taipkan jawapan bagi kesemua soalan tersebut. Pastikan ia jawapan yang anda ingat dan tidak lupa kerana ia akan menjadi rujukan pada masa akan datang.
daftar maybank online banking

Langkah 5

  • Cara daftar Maybank2U anda yang lengkap akan disahkan dengan notifikasi Successful.
  • Ini bermakna pendaftaran anda sudah berjaya.

Mudah dan cepat kan cara daftar Maybank2u secara online?

Bila dah ada akaun Maybank2u online, bolehlah kita menjalankan pelbagai urusan perbankan internet dengan mudah dan pantas.

Boleh rujuk video rasmi dari Maybank untuk memudahkan anda daftar Maybank online banking.

Baca juga: Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Maybank Careline pada talian berikut:

  • Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});