Bacaan Normal Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adalah penting untuk anda ketahui bacaan normal kencing manis lebih-lebih lagi bagi individu yang mengalami sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang dan sakit jantung.

Tahap gula dalam darah merujuk pada jumlah glukosa yang terkandung dalam tubuh. Biasanya, gula akan datang dari apa saja yang kita makan dan minum.

Bagi individu yang tidak menghidap diabetes, paras gula dalam darah mereka sentiasa terkawal kerana tubuh mereka berupaya untuk hasilkan insulin secara normal.

Walau bagaimanapun, paras gula untuk pesakit diabetes sentiasa berubah-ubah.

Ini membuatkan mereka terdedah kepada risiko paras gula yang tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia).  

bacaan normal kencing manis

Bacaan Normal Kencing Manis

Berikut merupakan bacaan normal kencing manis  yang anda perlu tahu :

BacaanTerjemahan
< 4 mmol/LBacaan adalah rendah (hipoglisemia)Pesakit perlu mengambil karbohidrat ringkas dengan kadar segera (contoh : 3 butir gula-gula, satu sudu besar madu)
4.4 hingga 7 mmol/LBacaan adalah pada paras terkawal
>7 mmol/L– Bacaan melebihi paras terkawal – Walau bagaimanapun, sebilangan pesakit dibolehkan mencapai paras gula antara 8 hingga 10 mmol/L.  

Sasaran Paras Gula Untuk Pesakit Tertentu

Terdapat sebilangan pesakit yang berbeza paras gula yang perlu dicapai. Contohnya :

  • Pesakit dengan masalah buah pinggang kronik
  • Pesakit yang sering mengalami hipoglisemia (paras glukos rendah)
  • Pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun.

Nota : Pesakit-pesakit di atas dibenarkan untuk mencapai paras gula antara 8-10 mmol/L dan bacaaan HbA1c antara 7.1% hingga 8.0% bagi mengelakkan risiko hipoglisemia.

Kenapa Perlu Tahu Bacaan Normal Kencing Manis?

Bacaan paras gula dalam darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti :

  • Penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi
  • Kerosakan saraf mata yang menjejaskan penglihatan
  • Kerosakan saraf seperti hilang deria rasa pada bahagian kaki
  • Penyakit buah pinggang

Oleh itu adalah penting untuk kita semua memantau paras gula dalam darah. Khususnya bagi individu dengan penyakit kronik, mereka dinasihatkan untuk mengambil bacaan gula secara rutin agar paras gula sentiasa terkawal.

Selain pergi ke farmasi atau klinik, anda juga boleh mengambil sendiri bacaan gula di rumah menggunakan glukometer.

bacaan normal kencing manis

Waktu Sesuai Untuk Semak Paras Gula

Kebiasaannya, waktu yang disarankan untuk anda semak bacaan gula dalam darah adalah ketika sebelum malam dan sebelum tidur.

Selain itu, anda juga boleh buat semakan 2 jam selepas makan atau pada tengah malam.

Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor untuk ketahui waktu terbaik untuk menggunakan glukometer di rumah bergantung kepada tahap kesihatan anda.

Bagi mengekalkan paras gula yang normal, anda perlulah mengawal pemakanan, amalkan senaman dan konsisten dalam pengambilan ubat-ubatan seperti yang disarankan doktor.

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan untuk memantau paras gula di rumah, jangan malu untuk dapatkan nasihat serta panduan daripada pakar perubatan.

Sumber : mybuahpinggang.com, mountsinai.org, Harian Metro

Baca Juga : 7 Tanda Kencing Manis (Diabetes) Yang Kita Perlu Tahu – KKM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});