Digelar sebagai “The Pocket Rocketman”, atlet pelumba basikal Azizulhasni Awang baru-baru ini telah menghadiahkan pingat emas acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Februari lalu.
Kemenangan ini amat bermakna kerana Piala Negara-Negara UCI merupakan medan untuk meraih mata kelayakan ke temasyra Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Azizulhasni Awang.
Baca juga:
Latar Belakang
Nama | Mohd Azizulhasni Awang |
Nama Panggilan | Azizulhasni Awang, Jijoe, The Pocket Rocketman |
Tarikh Lahir | 5 Januari 1988 |
Tempat Lahir | Dungun, Terengganu |
Pendidikan | Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Vistoria, Melbourne |
Pekerjaan | Pelumba Basikal (Atlet Malaysia) |
Jurulatih | John Beasly |
Ketinggian | 168 cm |
Berat Badan | 70 kg |
Akaun Media Sosial | Instagram @azizulhasniawang Facebook @azizulawangofficial TikTok @azizulhasniawang X @azizulawang |
Kehidupan Peribadi
Azizulhasni Awang telah mendirikan rumah tangga bersama Athiah Ilyana Abdul Samat pada 2010 selepas membawa pulang pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek UCI Klasik Beijing.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata yang comel dan sihat.
Anak keempat beliau lahir pada Januari lalu di Melbourne, Australia menjadikan ia adalah momen sangat bermakna pada usianya yang mencecah 36 tahun ini.
Kerjaya & Profesional
Azizulhasni mula menaiki basikal pada usia 10 tahun di kampung halamannya, Dungun dan bercadang untuk menceburkan diri dalam sukan berbasikal seawal usia 15 tahun.
Beliau meraih pingat emas pertama untuk kategori individu dalam Kejohanan Trek Asia bagi acara Keirin dan acara pecut 200m pada tahun 2008 yang berlangsung di Jepun.
Pencapaian Azizulhasni Awang
Sebagai atlet juara Asia tiada tandingan, Azizulhasni Awang memiliki koleksi pingat emas di pelbagai kejohanan dan acara berbasikal seluruh dunia.
Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Azizulhasni Awang sepanjang menjadi pelumba basikal trek:
Pencapaian:
Pertandingan | Acara | Pingat | Tahun | Tempat |
---|---|---|---|---|
Sukan SEA ke-24 | Pecut Berpasukan | Emas | 2007 | Korat, Thailand |
Kejohanan Berbasikal Asia | Individu | Emas | 2008 | Velodrom Nara, Jepun |
Kejohanan Lumba Basikal Dunia | Individu | Emas | 2009 | Melbourne, Australia |
Sukan Asia ke-16 | Keirin | Emas | 2010 | Guangzhou, China |
Asian Cycling Championships (ACC) | Pecut Lelaki | Emas | 2014 | Astana, Kazakhtan |
Sukan Komanwel | Individu | Gangsa | 2014 | Glasgow |
35th Asian Cycling Championships | Keirin | Emas | 2015 | Nakon Ratchasima, Thailand |
UCI Track Cycling World Championships | Keirin Lelaki Elit | Gangsa | 2016 | London |
Sukan Olimpik Rio | Keirin | Gangsa | 2016 | Brazil |
UCI Track Cycling World Championships | Keirin | Emas | 2017 | Hong Kong |
37th Asian Cycling Championships (ACC) | Keirin | Emas | 2017 | New Delhi |
Sukan SEA ke-29 | Pecut Lelaki | Emas | 2017 | Kuala Lumpur |
Sukan SEA ke-29 | Keirin | Emas | 2017 | Kuala Lumpur |
UCI Track Cycling World Championship | Keirin | Perak | 2018 | London |
Sukan Asia Jakarta-Palembang | Pecut | Emas | 2018 | Indonesia |
Sukan Asia Jakarta Palembang | Keirin | Gangsa | 2018 | Indonesia |
Sukan Asia Jakarta-Palembang | Pecut Individu | Emas | 2018 | Indonesia |
39th Asian Track Cycling Championship | Pecut Individu Lelaki | Emas | 2019 | Jakarta, Indonesia |
UCI Track Cycling World Cup | Individu | Emas | 2019 | Cambridge, New Zealand |
Sukan Olimpik | Keirin | Perak | 2020 | Tokyo, Jepun |
Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria | Individu | Perak | 2021 | Australia |
Austral Wheelrace Edisi ke-125 | Pecut | Emas | 2022 | Melbourne, Australia |
Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) | Keirin | Emas | 2023 | Malaysia |
Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) | Men Elite Sprint | Emas | 2023 | Malaysia |
Piala Trek Jepun II | Keirin | Gangsa | 2024 | Shizuoka, Jepun |
Kejohanan Trek Piala Negara-Negara UCI | Keirin | Emas | 2024 | Adelaide, Australia |
Anugerah:
- Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) – Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017
- Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial (Universiti Malaysia Terengganu)
- Olahragawan Kebangsaan Sukan Negara (ASN) : 2009, 2010, 2017, 2019/2020 dan 2021
Penghargaan:
- Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
- Kesatria Mangku Negara (KMN)
- Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) 2021
Fakta Menarik Mengenai Azizulhasni Awang
- Pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada Sukan Olimpik Beijing 2008,
- Menduduki ranking pertama dunia bagi acara Keirin
- Dipanggil ‘The Pocket Rocketman’ kerana tubuhnya yang kecil.
- Pernah terlibat dengan kemalan ngeri semasa Siri Piala Dunia Klasik di Manchester pada Februari 2011. Beliau mengalami kecederaan serius apabila tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter menembusi betisnya.
- Atlet bukan warga Australia yang pertama menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria.
Tahniah Azizulhasni Awang! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan berbasikal trek di Malaysia.
Sumber:
- Instagram @azizulhasniawang
- Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas di Piala UCI Adelaide. Sinar Harian