Untuk makluman, anda kini boleh memantau serta menyemak bil, pembayaran bil air melalui aplikasi Air Selangor.
Anda juga boleh membuat penukaran hak milik akaun air secara atas talian atau membuat semakan kawasan terjejas bekalan air tanpa perlu keluar ke kaunter.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang prosedur dan proses yang perlu dilakukan untuk menggunakan kemudahan online Air Selangor.
Portal Pelanggan Air Selangor
Portal Pelanggan Air Selangor ialah portal khidmat layan diri pelanggan.
Pelanggan perlu mendaftar profil di Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Telefon Bimbit Air Selangor melalui modul Pendaftaran.
Pelanggan yang telah mendaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:
i) Pengurusan Akaun
ii) Bil dan Bayaran
iii) Mengesan Penggunaan Bulanan
iv) Aduan dan Pertanyaan
v) Maklumat Perkhidmatan
Walaubagaimanapun, pelanggan yang tidak berdaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:
i) Aduan atau Pertanyaan
ii) Pembayaran Bil
Cara Semakan Bil Air Online Selangor
Anda boleh merujuk kepada panduan seperti dibawah :
- Pergi ke pautan https://crisportal.airselangor.com/
- Pengguna dikehendaki mendaftar pada ruangan Account dengan menekan butang ‘Sign Up’
- Setelah berjaya mendaftar anda hendaklah log masuk ke ruangan Account dengan mengisi ruangan username dan password
- Kemudian, pilih Settings bagi membuat penambahan akaun air dan pilih Linked Bill Account
- Anda perlu memilih Enroll Bill Account dan pilih Identity type : New IC No, Old IC, Passport, Millitary atau Business, lengkapkan ruangan Identity ID : Nombor kad pengenalan baru dan Nombor akaun air baru (10 digit).
- Akaun air akan dipaparkan pada skrin telefon pintar/bimbit anda.
- Kemudian, anda boleh klik pada Bill Issued dan bil akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit/pintar anda.
Sila dapatkan maklumat lanjut melalui pautan berikut: https://crisportal.airselangor.com/information/ebill/?lang=en
Kaedah Pembayaran Bil Air Online
Anda boleh membuat pembayaran bil air melalui kaedah atas talian seperti JomPay, Aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan emel e-bil.
Untuk membuat pembayaran online melalui Portal rasmi Air Selangor, anda boleh ke pautan berikut:
https://crisportal.airselangor.com/pay?lang=en
Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun bil air anda pada ruangan yang tertera.
Dapatkan bil air anda dengan cepat dan mudah melalui e-mel dengan mendaftar e-bil dan mengemaskini maklumat anda di https://crisportal.airselangor.com/information/ebill?lang=en
Selain itu juga, pembayaran bil air juga boleh dibuat melalui semua kaedah pembayaran yang dilaksanakan oleh Air Selangor termasuk Pos Malaysia, Stesen petrol terpilih, kedai serbaneka 7-eleven terpilih.
Baca juga: Rumah Selangorku 2021: Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Pertukaran Hak Milik Akaun Air Selangor
Anda mahu membuat pertukaran hak milik bagi akaun air?
Senang je!
Tak perlu lagi hadir ke kaunter, hanya daftar dan hantar permohonan secara atas talian seperti langkah di bawah.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan
- Pengesahan pemilikan premis (Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran / Perjanjian Sewaan & lain-lain yang berkaitan)
- Sertakan gambar bacaan meter
- Bagi premis yang tiada meter air, sila lampirkan gambar tetiang meter yang lengkap
Permohonan online untuk pertukaran hak milik akaun air boleh dibuat melalui pautan berikut: https://www2.airselangor.com/apps/waterapps/
Semakan Kawasan Terjejas Bekalan Air
Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com.
Anda boleh membuat semakan sama ada kawasan anda mengalami masalah gangguan air sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info melalui saluran berikut:
- Portal rasmi Air Selangor : https://www.airselangor.com/
- Talian Hotline : 15300
- Help Centre