Academy in Factory : Program Kerja Sambil Belajar Di Kilang

academy in factory aif
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program ‘Academy in Factory’ (AiF) bakal menawarkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 merentasi sektor yang berimpak tinggi seperti subsektor elektrikal dan elektronik (E&E), automotif, kimia dan bahan termaju serta sains hayat dan teknologi perubatan kepada anak belia seluruh negara.

Maklumat daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) ini telah dikongsikan dalam ucapan perasmian perhimpunan atau rapat Majlis Pelancaran ‘Academy in Factory’ (AiF) Sempena Karnival Belia Produktif “Bersama Membangunkan Negara” yang dianjurkan oleh MPC dan dihadiri oleh warga Gombak termasuk komuniti Orang Asal.

Berikut dikongsikan info sepenuhnya untuk makluman bersama.

academy in factory mpc

Apakah Academy in Factory?

Program Academy in Factory (AiF) adalah program bekerja sambil belajar di kilang & syarikat berdaftar di bawah AiF.

Ia melibatkan lebih 25 syarikat/kilang dalam sektor seperti kimia, sains hayat & teknologi perubatan, semikonduktor dan automatif.

Inisiatif AiF yang melibatkan tenaga belia merupakan inovasi penyelesaian serampang dua mata dalam menangani cabaran membangunkan tenaga kerja mampan dan meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.

Academy in factory

http://aif.mpc.gov.my

Syarat Penyertaan Academy in Factory (AiF) 2022

Berikut disenaraikan syarat-syarat penyertaan AiF:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-35 tahun
  3. Mahir 3M (menulis, membaca dan mengira)
  4. Tiada masalah kesihatan serius
  5. Lulus ujian saringan AiF

*Peserta terpilih akan jalani modul selama 18 bulan, menjurus kepada operasi syarikat / kilang berkaitan

Cara Permohonan

Untuk menyertai program AiF ini, berikut adalah proses yang perlu dilakukan:

  1. Daftar permohonan di pautan berikut: http://aif.mpc.gov.my/user/register
  2. Jalani ujian saringan AiF.
  3. Sekiranya berjaya, anda akan ditawarkan surat berjaya
  4. Seterusnya, anda akan ditawarkan surat penempatan AiF untuk proses bekerja sambil belajar.
  5. Setelah melengkapkan tempoh belajar & bekerja, anda akan menerima sijil AiF.
  6. Anda akan meneruskan kerjaya di Syarikat / IPT berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Academy in Factor (AiF), sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});